Manifesto Komunis
MANIFESTO KOMUNIS
Manisfesto Komunis, asalnya bertajuk Manifesto Parti Komunis ialah penerbitan ringkas pada tahun 1848 yang ditulis oleh ahli pemikir teori politik ideologi Marxisme Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels. Ia telah diiktiraf sebagai salah satu manuskrip ideologi politik yang paling berpengaruh di dunia dan ditauliahkan oleh Liga Komunis, ia menetapkan tujuan dan program Liga terbabit. Ia membentangkan pendekatan analitikal kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan masalah-masalah kapitalisme, berbanding ramalan potensi bentuk masa depan komunisme.
Manifesto Komunis meringkaskan teori Marx dan Engel berkenaan masyarakat dan politik, iaitu "sejarah masyarakat sehingga kini adalah sejarah perjuangan kelas." Manuskrip ini juga secara ringkas membentangkan idea mereka tentang bagaimana masyarakat kapitalis pada waktu itu akan akhirnya diganti oleh sosialisme. Di perenggan terakhir Manifesto, pengarang menyeru "penggulingan secara paksa segala kondisi sedia ada masyarakat," di mana menjadi seruan revolusi komunis di seluruh dunia.